Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan empat perintah iaitu menuliskan rezekinya, usianya, amal perbuatannya dan sama ada dia sengsara atau bahagia. Demi Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, ada di kalangan anda sekalian orang yang beramal dengan amalan penghuni syurga, sehingga jarak yang memisahkan dia dengan syurga tidak lebih daripada sehasta sahaja. Tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan penghuni neraka, lalu dia masuk ke neraka.
Apa pula di kalangan anda sekalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka sehingga jarak yang memisahkan dia dengan neraka tidak lebih daripada sehasta sahaja. Tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga beliau beramal dengan amalan penghuni syurga lalu dia pun masuk syurga".
(Hadis Riwayat Nawawi)