Thursday, June 30, 2011

Tahniah..rayuan permohonan pertukaran anda BERJAYA..

27 Jun 2011...dtg ofis buka esis..tiba2 tgk keputusan rayuan pertukaran berjaya.. tarikh kuatkuasa bermula pada 1 Julai 2011 hari Jumaat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin..gembira sangat sebab penantian selama ini telah berakhir...

Tuesday, June 7, 2011

JUN 2011

6 Jun 2011-isnin...
hari ini hubby balik dr kursus..tiba-tiba ptg kak tini bagi tau x jadi pulang ke kampung..yuni terus telefon hubby bg tau tentang kejadian ini..hubby pun cakap xpela kalau mcm tu dia akan berhenti ke kuantan..pada asalnya hubby ingin turun kat sungai ular..tetapi dia cuba bertanya dgn driver bas utk turun di kuantan..amat malang sekali driver terpaksa lalu ikut laluan tol jabor disebabkan seorang pegawai ingin pulang ke terengganu dgn segera...hubby bg tau yg dia akan turun di tol jabor...tepat jam 5.45 ptg..yuni terus drive ke tol jabor utk ambil hubby di sana...setelah berbincang dgn hubby akhirnya yuni buat keputusan utk bercuti 3 hari dan pulang ke kg bersama-sama hubby menaiki elite viva...

Sunday, June 5, 2011

JUN 2011

5 JUN 2011 AHAD
Hari ini mengemas umah...membasuh pakaian...menjalankan tgjwb sbg isteri walaupun duk berjauhan dgn suami..suamiku kini berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri kursus..mcm nie la kehidupanku sehingga kini masih lagi belum dapat bertukar..agaknya bila lah org atasan nak bg aku tukar...sampai bilakah harus aku menanti...

Monday, April 18, 2011

April 2011

sudah lama rasenye tak menulis kat blog nie sejak mengenali facebook...last update blog pd bulan mei 2010...nak catat pun dah tak tau nak mula mcm mane...nak stat dgn kisah tahun 2011..ke nak stat dgn ape yer...xpe la..nt nk pk dulu...

Thursday, May 27, 2010

balik kampung

27 Mei 2010...
Esok bertarikh 28 Mei 2010 merupakan Wesak Day...yunie balik kampung dengan menaiki bas transnasional jam 5.00 petang nie...kawan ofis yunie (Rina) akan hantar yunie ke Terminal Makmur...yunie akan kembali bekerja pada hari Isnin 31 Mei 2010...balik ke sini dari kampung di hantar oleh hubby...sebenarnya takut juga naik bas nie..ye lah sekarang nie kan macam2 berlaku gejala yang kurang sihat...sebelum nie yunie ada baca dalam metro di mana berlaku kes kecurian di terminal makmur jam 4 pagi...risau juga...harap-harap tak de kejadian yang tak diingini...doakan keselamatan bersama...

Monday, May 24, 2010

Hati dan Amal

Allah memberi kita otak untuk berfikir, mata untuk melihat, mulut untuk berbicara, dan kaki untuk berjalan. Tetapi kadangkala manusia selalu menyalahgunakannya.

Meraka memiliki otak hanya untuk fikiran yang kotor, menggunakan mata hanya untuk maksiat, menggunakan mulut untuk berbicara kotor, dan menggunakan kaki untuk pergi ke arah maksiat pula.

Kadangkala manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya, mereka selalu merasa kekurangan.

Allah yang Maha Sempurna telah memberikan kita pelbagai nikmat, dan kita sebagai umat-Nya harus bersyukur dengan apa yang telah diberikannya dan mengerjakannya dengan hal-hal yang positif.

Mungkin ada baiknya kita hayati hadis ini, daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu."
(Riwayat Muslim)

Manusia, Syurga, Neraka

Abdullah bin Mas'ud berkata, Nabi Muhammad s.a.w orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah memberitahu kami, " Setiap orang daripada kalian dicipta dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari juga, lalu menjadi seketul daging, juga selama tempoh yang sama.

Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan empat perintah iaitu menuliskan rezekinya, usianya, amal perbuatannya dan sama ada dia sengsara atau bahagia. Demi Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, ada di kalangan anda sekalian orang yang beramal dengan amalan penghuni syurga, sehingga jarak yang memisahkan dia dengan syurga tidak lebih daripada sehasta sahaja. Tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan penghuni neraka, lalu dia masuk ke neraka.

Apa pula di kalangan anda sekalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka sehingga jarak yang memisahkan dia dengan neraka tidak lebih daripada sehasta sahaja. Tetapi suratan takdir mendahuluinya sehingga beliau beramal dengan amalan penghuni syurga lalu dia pun masuk syurga".

(Hadis Riwayat Nawawi)

Saturday, May 22, 2010

Gambar Edit

angah nor dan achik aleeya...kedua2nye merupakan anak saudara kepada hubby..so anak sedare yunie jugak la...dua-dua ni anak kepada kakak ipar yunie..angah nor agak gelap sikit berbanding achik aleeya..


Gambar ni diambil masa hari raya tahun lepas (2009)...so yunie edit balik gmbr nie menggunakan perisian photoshine..nmpk cantik sikit la gambar nie...hari raya lepas hubby baru baik chickenpox...kesian kat hubby naik chickenpox..yang banyak pulak kene kat muka...tp hubby tetap hensem di mata yunie...

Hidangan tengah hari

Masakan nie sume dimasak oleh yunie sendiri..nasik puti dimasak oleh hubby, ikan bawal masam manis, telur goreng dadar, kacang buncis goreng, telur masin dan sambal tempoyak dimasak oleh yunie..

Erm...bestnya nampak masakan nie...yang paling ketara ikan bawal masak masam manis...macam masakan pengantin pulak..boleh la sesiapa yang berminat untuk tempahan..bawak ikan n bahan2 sendiri..yunie tolong masakkan...

Susun atur hidangan ini disusun oleh hubby..makan berdua macam nak mkn ramai orang aje...hubby dah x sabar2 nak makan...mujur la masakan yang dimasak oleh yunie cukup rasa...x perlu tambak cukup rasa maggi atau sedap...memang menepati citaraasa la...bukan nak bangga tapi itu pujian dari hubby yunie la...

22 Mei 2010

hari nie dtg ofis jugak sebab nak update blog...staf yg ade kat ofis...kak khairul, k.amie n kak mala...yunie dtg ofis sebab hubby tak datang sini mgu nie dan yunie pun tak balik kg..mgkin duk ofis sampai jam 6 ptg...

Friday, May 21, 2010

21 Mei 2010

Alhamdulillah...yunie dapat buat 1 lagi blog untuk unit agama jabatan pengajian am polisas...hari nie x g mane-mane pun sebab nak siapkan blog jabatan dan personal blog...sekarang dah puas hati sebab dapat menyolekkan blog dgn bantuan laman web yg menyediakan free background untuk blogger yang baru nak mula menyolek blog mcm saya nie..

20.05.10 & 21.05.10

Hari Khamis dan Jumaat yunie tak mengawas final exam...so 2 hari nie yunie duk sibuk dgn mengupdate blog...duk tukar-tukar background dan mencari2 function dlm blog untuk tujuan mengindahkan lagi blog yunie...lps nie yunie nak buat blog untuk jpa pulok..nak cerita pasal aktiviti yg dijalankan oleh jpa..

Wednesday, May 19, 2010

Demi Masa Sesungguhnya Manusia itu dalam Kerugian

Minggu Exam

Pada 17.05.10-27.05.10 semua pelajar Polisas bermula dari semester 1 hingga 6 menjalani final exam...pensyarah jabatan pengajian am polisas sibuk dengan pb pelajar masing dan dikehendaki key in markah...pb tersebut dikehendaki hantar sebelum 26 Mei 2010...Alhamdulillah semuanya yunie dah siapkan..so boleh lah nak siapkan nota moral 1 yang masih lg belum siap...di samping itu boleh selitkan juga dengan mengupdate blog yg dah lme x update...

Monday, May 3, 2010

melawat baby irsyad



Gambar nie diambil ketika pegi tengok baby irsyad pada hari sabtu 1 mei 2010..senyum je 1 psg suami isteri nie..buat mcm anak sendiri...tgk tu..bergambar dgn 3 orng anak sekaligus..hehe..yg ketara senyumnye si suami la..yang kat atas riba hubby anak kak nani...baby kedua dia..adam..atas riba yuni pulak baby irsyad...best sgt pegang irsyad sebb dia dah besar..ye la mase lahir berat irsyad 3.45 kg..yg tunjuk gigi tu pulak nurin...anak kak nani yg pertama...


Muhammad Irsyad Najwan


Nie gambar Muhammad Irsyad Najwan ketika berusia 5 hari...baby sahabat baikku...Noraini binti Nawawi..comel sangat..putik campur pink..macam umi dia jugak..berbaloi dan puas hati dapat baby comel mcm nie walaupun banyak dugaan yang kene tempuhi...moga2 satu hari nanti yunie pun dapat baby mcm nie jugak..aamin..

Friday, April 23, 2010

Thursday, April 15, 2010

TAHUN 2010

dah lame x update blog...hitung punye hitung lebih kurang 4 bulan dah tahun 2010.

Thursday, December 31, 2009

31 Disember

hari nie staf semakin berkurangan...kj tgk anak buah xde kj pun cuti juga...hari nie yuni paling awal dtg ofis...so kene la buka pintu ofis..kalau tak orang lain x leh masuk ler...mujur la yang biasa datang awal bercuti..kalu tak bising la jawabnya...

Wednesday, December 30, 2009

Disember 2009

2009 bakal menghilang..kini tiba 2010...byk kenangan manis yang berlaku pd thun 2009...
kiranya sudah lame yuni menyepi dari menulis dalam catatan nie...kiranya dah masuk 4 bulan tidak menulis...busy betul nmpknye...tinggal 1 hr lg utk thun 2009..sempat juga la menulis sebelum menjelang 2010...skrg nie student tengah bercuti...pensyarah pun ramai yang ambik cuti..mase ni lah nak hbiskan mase bersama famili masing2 setelah 1 semester bersama-sama dgn pelajar yg bermcm2 kerenah...stop dulu..nntio smbg balik...

Wednesday, August 5, 2009

Untuk renungan bersama…
Assalamualaikum wbt, Segala puji bagi Allah,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari…………… untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Tuesday, August 4, 2009

Awana Kijal

best betul tengok abang mandi kat kolam renang...tengok gaya tu macam perenang antarabangsa je..

26 Julai 2009...lebih kurang jam 9 pagi...abang ingin mandi kolam lagi...yunie kiranya dah bersiap terus sebab tak leh nak mandi kolam di atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan...so pakai la baju kurung turun breakfast...after mandi kolam...kami pun bergambar kat pintu gerbang banana plantation milik awana kijal...tengok tu yunie berdiri...pakai baju pun sama je ngan tiang pintu gerbang...

nie my husband..nak posing juga dia...tgk tu punye la senyum...maklum la dapat menginap kat tempat yang grand...bile la dapat pegi lagi kat tempat ni....(dlm fikiran hubby...hehe)

sempat lagi berposing dekat parking kereta sebelum balik kuantan...

Pada 26 Julai 2009 kami semua dah mula bertolak pulang ke rumah masing selepas satu malam menginap di hotel awana...sungguh cantik sekali tempat yang kami mengadakan majlis perpisahan ustazah norimi.












hari ni baru dapat nak install template baru dlm blog...yunie rase sangat happy sebab dapat buat sendiri dengan bantuan kawan ofis...
hari ni baru dapat nak install template baru dlm blog...yunie rase sangat happy sebab dapat baut...

Monday, August 3, 2009

03.08.09....hari nie yunie tak de kelas untuk student semester 1 kerana semua pelajar kene kuarantin disebabkan oleh penularan virus H1 N1...wabak ini sungguh berbahaya kepada semua orang...nak pegi mana2 pun sekarang ni dah takut sangat sebabnya kita tidak tahu virus tu berada di mana2...kalau boleh nak je duk kat umah...kesian betul kepada yang ada simptom2 yang dijangkiti wabak tu...

Tuesday, July 28, 2009

jamuan annex


Pada 10 Julai 2009, jabatan kami mengadakan jamuan perpisahan untuk ustazah Norimi.Nielah gambar ustazah norimi.beliau nampak begitu sedih kerana akan berpisah dengan kawan2 yang berada di POLISAS.Beliau dah lama berkhidmat di Polisas.Jamuan ni diadakan di Restoran Annex yang berdekatan dengan Taman Gelora.
Ni lah dia gambar kawan2 ofis yang sama2 meraikan majlis perpisahan ustazah norimi yang ditaja oleh unit kebajikan jabatan pengajian am.yg memakai jubah berbunga2 tu kak yus, after that kak ita, kerani ofis kami.jiran dekat rumahku kak wahidah tapi lebih terkenal dengan panggilan kak wahid.sekali dengar macam panggil lelaki je..yang memakai tudung bunga2 merah tu kak khairul..dia seorang yg cool je...yg selalu ceria tu umi wanie...tgk tu..sempat lagi buat peace ketika bergambar.sebelah umi wanie tu kak yana...kecik molek je tuannya..
haaa...ni lah yunie dan nor...kami memang selalu bersama walau di mana berada..cuma waktu bekerja la...bila dah lepas kerja masing2 ada famili sendiri dah...yunie tu suka senyum...hehe.tapi kekadang masam je.kalu orang yang tak kenal ngan yunie akan cakap yunie ni sombong...nor senyum kiput je...hehe.
Nie gambar ketika nak menjamu selera...yunie makan bersama2 dengan kak yus, kak izah, kaka fatin, umi wanie, kak wahid dan juga nor...menu lunch mase ni sangat2 sedap..ade patin, kari ikan merah, ayam halia, kailan goreng dan macam2 lagi...sungguh kenyang sekali...

Thursday, July 23, 2009

Kursus Wellness & Stress Management

Hari ni semua staf jabatan Yunie terlibat dgn kursus wellness.
Ptg ni kami akan mengadakan senaman.Best sgt kursus yg sedang
kami ikuti ni.

Thursday, July 16, 2009

Kereta kabel

Gambar nie yunie edit sendiri. Pada 13 Jun 2009, kami baru nak bertolak ke tempat kursus induksi...singgah sebentar di hadapan pintu gerbang nak masuk Genting Highlands...sempat lagi untuk bergambar sebagai kenang-kenangan....


Nielah kereta kabel yang kitorang naik semasa berada di Genting Highland.

Pengalaman pertama naik kereta kabel nie berdebor sgt2. tgk kat bwh mcm nak tercabut perut. gayat sgt2. tgk dr hujung sane halus sgt tp bile dah sampai dekat, rupa2nya besar juga kereta kabel ni ye.hehe..sebelum nak masuk kereta kabel kene beratur dulu. mase kitorang nak masuk tu ramai la manusia, mcm2 warna kulit ada.



Nie yuni dan suami, mie...gambar ni di ambil ketika kami berada di dalam kereta kabel. yuni mintak tolong husband nor yang ambil gambar kitorang...sama cantik sama padan kan...hehe. gurau je.



Dah lame tidak kemaskini blog. sejak kebelakangan ini busy sikit.
Student semester 1 dah mula masuk kelas. sibuk sikit dgn nak urus kelas.

Monday, June 29, 2009

ikan cantik


ikan kat pulau pangkor...macam-macam jenis ikan yang terdapat dalam pulau pangkor ni.mase ni tak buat aktiviti menyelam di dasar laut.rase macam rugi la pulak..
Pasangan pengantin baru 2009 sedang menaiki bot mengelilingi pulau pangkor..e bawa kami...best sangat naik bot mengelilingi pulau..rase macam nak pegi lagi.

naik bot kat pangkor

Nor, sopi, my husband & yunie...mase nie baru nak naik bot untuk ronda2 di kawasan pulau..sempat lagi berposing untuk kenang-kenangan..nie la first time nak naik bot..tak tau lagi macam mane perasaan...

Sambutan Hari Bapa 2009

Sempena sambutan hari bapa pada 20.06.09, pihak resort menyediakan kek untuk bapa2 yang berinduksi...terubat rindu tidak dapat menyambutnya dengan famili...so yang dalam gambar nie semuanya dah bergelar bapa termasuklah penceramah kami...En Hafizal bin Ahmad.

Teluk Dalam Resort

Nie lah tempat penginapan selama 12 hari berinduksi...tempatnya sungguh indah dan menarik sebab jauh dari kesibukan di kota...tapi yang kurang menarik ialah ianya berada jauh dari luar..sebab tu dinamakan teluk dalam..haha

Kursus Induksi 2009


Nie adik sebilik mase kursus induksi kat Teluk Dalam Resort Pulau Pangkor.
Adik nie namanya Nurazura..panggil dia zura...jumpa dia mase dlm feri waktu nak bertolak ke Teluk Dalam Resort.Zura mengajar di Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Thursday, May 28, 2009

my husband


suamiku...
kaulah raja hidupku...
terima kasih atas pengorbananmu...
i love you forever...

Kluang Beach Resort


Ada gaya jadi ibu mithali tak?

pertunangan adik tersayang


di hari bahagia pertunangan satu2nya adik perempuan...ina.

Thursday, May 21, 2009

tempat berkumpul penduduk dunia


tak sabar nak berkunjung ke tempat nie...

hari raya 2008


nie gambar raya tahun 2008..
tika nie belum bersuami lagi.

Rumah sue

nie ketika malam pernikahan sahabat baikku...sue.

aku dan mc puteh..





nie aku ngan mc nor...selalu bersama hingga posting mgjr pun sekali..
tak lame lagi dia pun akan bergelar isteri.hehe

persahabatan yang tak kan putus...friendship forever...kenangan depan fakulti pendidikan utm skudai sehari selepas hari konvokesyen...19 ogos 2007.

berdebar menanti untuk melafaz akad.

KENANGAN TERINDAH 14.03.09


Abadikan memori indah bersama...i love u honey...